# UPU

Assalamualaikum and hai .
Lupa nak bagitahu result UPU , semua orang tengah cakap pasal UPU haritu , aku je berdiam diri . Oh ye  , aku dapat Asasi Sains Hayat UM .  My first choice . Memang dekat dengan rumah aku , 5-8 minit je kalau naik kereta. Mula - mula happy tapi sekarang macam tak yakin . Lusa (25 Mei 2014) aku dah nak masuk Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ( PASUM) . Dalam hati rasa cuak tak terkira. Mampu ke aku kat sana ? Doakan yang terbaik yee :')

# KEM PLKN NILAM EHSAN BIDOR PERAK


Assalamualaikum .
Aku pernah pergi Program Latihan Khidmat Negara tau. Siri 11/2014 Kumpulan dua . Tarikh result penempatan PLKN ni 6 Mac 2013 kalau tak silap aku . Masa ni aku dah berhenti kerja dah. Aku dapat dekat Kem PLKN Nilam Ehsan Bidor Perak.  My bestfriend dapat dekat Pahang .

5 April dah kena pergi sana , sehari lepas birthday aku. Huhu tapi takpe aku gagahkan juga jasad aku untuk nak pergi . 5 April tu berkumpul la dekat Bangunan Zetro . Sampai kat PLKN aku , aku tengok la sekeliling . Wahhh , macam baru . Memang kem PLKN kami ni agak baru .

Nak masuk ke kawasan kem , memang jauh ke dalam , keliling ada ladang kelapa sawit kalau tak silap aku . 2.5 km nak masuk dalam kem. Memang kem tu jauh masuk ke dalam , tapi sebelah highway tau. Jangan risau , line phone sentiasa ada ! Maxis ke Digi ke semua okay.



Kiteorang batch pertama yang sampai . Daftar and amik saiz baju , kasut. Nanti akan dapat baju kelas , baju PT , baju celoreng , dan macam - macam lagi . Semua tu nanti boleh bawa balik kecuali baju celoreng and kasut kawad tu. Esok lusa tu ada yang lain datang. So yang batch pertama datang ni rilek je la duduk dalam dorm . Aku dapat dorm P3 nombor index 502 . Nanti kat sana dia tak kan panggil nama , dia panggil nombor index .

Makan kat sana 6 kali. Kadang-kadang aku pergi turun makan , kadang-kadang malas. Yang bestnya , masa aku kat sana , selalu sangat hujan . Selalu jugak la kawad / aktiviti fizikal ditunda. Kat kem aku ni , komandan dia sangat la baik ! Tak tipu punyaa.  Ada kem yang dapat phone lambat , Sabtu petang baru dapat, yang kem kiteorang ni dapat phone hari Jumaat malam . Pernah jugak tak payah pulang phone. Haa best kan ?

Pasal nak basuh baju bagai , luckily ada khidmat dobi . Senang , semua baju PLKN bagi semua boleh hantar dobi . Setiap HARI . Tapi , aku jenis tak suka hantar dobi sebab aku rajin bebenor nak basuh baju tengah malam dengan Nurin ( my bestfriend kat sana!)

Hari Ahad merupakan hari lawatan keluarga , masa ni la family datang . Aku tak pernah merasa bertugas masa hari lawatan keluarga :(  Kat PLKN nanti ada kelas , kelas kewarganegaraan dan sebagainya. Takde la boring , best je , banyak game. Belajar juggle and sebagainya. Nak cerita semua memang susah.

Aktiviti harian :
5.00 pg : Bangun
5.30 pg : Berkumpul untuk Subuh
6.30 pg : PT pagi
7.30 pg : Sarapan
8.30 pg : Berkumpul untuk masuk kelas
9.00 pg : Kelas
10.30 pg : Minum pagi
11.00 pg : Kelas
12.30 pg : Makan tengahari
2.30 ptg : Latihan fizikal / Kawad
4.30 ptg : Minum petang
5.30 ptg : Riadah
6.30 ptg : Makan malam
7.00 ptg : Kumpul untuk solat maghrib
9.00 mlm : Roll call / makan
11 mlm : tutup lampu


Oh ye , aku pergi sana kejap je . Tak dapat buat aktiviti banyak pun .Sebab haritu aku dapat tawaran temuduga and dapat la cuti seminggu .Heaven . Tak lama lepastu , aku dapat tawaran Matrik and Asasi . So balik terus lah . Even dua minggu aku kat sana , aku rasa kecewa  happy sangat-sangat . Kehidupan kat sana bukannya teruk sangat . Tak busy mana pun asalkan pandai manage your time. Ada wirawati yang terpikat kat wira lagi tau .  Sesiapa yang baru nak pergi tu ,  enjoy jela pergi sana  , enjoy every second of it. Sebab ni pengalaman sekali seumur hidup ,
NADZ AZIEKIN's 2014